![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgi6ic8X-g15EqdmkkI-ttojgHj3JWqQblqJKV-mOKCdlu8fWc8Hb9Y3trG2KqfOQfesvZZmRwH0F4UQ5blqkz2iY5qxYgykVhD4UxgDb-296ZVw1EES21DpkRMW8B0LFIixXreltpJqV65/s1600/images+(26).jpg)
Tengah dengar lagu Bahtera Hamba-Zulfan. *amek feel
BudakTomato*. Sedih.
Aku pun sibuk nak tiru BudakTomato jugak. *bukan tiru. kan dah cakap tadi nak jadi orang lain sat*. Search dekat google pasal akh ni. Kemain blogger-blogger tanah
air ni. Dok syok angkat penulisan BudakTomato sebagai sumber inspirasi depa.
Baguih baguih. Sekurangnya BudakTomato dah bagi satu impak positif kepada
rakyat Muslim Malaysia. Credit to him.
One more. Pasal seorang blogger ni. Saya jamin siapa yang
obsess sangat dengan BudakTomato sure akan terjumpa satu blog ni. Heee pakat
dok tuding jari dekat aku. Aku yang jumpa blog kakak ni so, aku la yang obsess
tu? Tidak tidak. Ter-ter-jumpa saja blog kakak ni.
Nak mention tapi. Ada pesanan dekat situ “harap takde
siapa baca”. Hahaha. Budak ni dah terbaca kak. Sorry. *senyum nampak gigi tak
tersusun*. Jadi tak boleh berhenti lepas baca satu entri. Nak sambung lagi. Dan
lagi. Bahasa yang dia guna sangat sempoi dan ku akui agak kasar. Tapi unik.
Kena dengan jiwa saya kak.
Semua post pasal hidup dia. Gaya penulisan sangat
happening. But saya tak dapat nak describe betul-betul. Sometimes blogger
ni….monolog dalaman tak sama dengan actual manner dia. Dan. Sometimes bahasa
hati tak sama dengan bahasa di mulut. Nampak macam aku tengah merepek. Tapi.
Mostly macam tu.
Kakak. Saya nampak kakak ni macam banyak sangat tak
reveal hidup dia yang sebenar. Even cara dia tulis dah nampak dah itu memang
life dia. Tapi. Susah nak describe. Kakak sangat complex. Makin lama saya baca
entri kakak makin saya jadi seram. Hahahaha. Apa punya tak sopan aku cakap
macam tu.
Saya jadi ting tong. Kakak ni wujud ka? Itu yang buat aku
jadi seram. Dia lagi misteri daripada BudakTomato. I guess. Hehehe. Kalau kakak
terbaca dan tercam aku cakap pasal dia. Menggigil mulut aku. Bulu roma pun dah
naik. Okey. Stop cakap pasal kakak. Jap. Nak sambung lagi sikit.
Saya sebenarnya tabik dengan family kakak. Nampak kamceng
sangat. Nampak rapat sangat. Nampak keakraban antara masing-masing, Family
kakak besar. Besar macam family abah saya. Saya suka life macam family kakak.
Bahagia. I dream for it.
----happy sebab Allah bagi saya nampak blog kakak.
Back to my cerita merapu. Tergelak termalu tersengih
tertampar pipi sendiri lepas baca post-post aku yang lama. Hahahaha. Nampak ada
ketidak-matured-an di situ. Kenapa ya? Makin kita besar makin kita dapat faham.
Faham sesuatu. Sesuatu yang biasa. Tapi. Cara berfikir dulu dan sekarang tak
sama.
Ada beberapa yang saya dah delete. Post yang saya rasa
tak perlu. Tak ada manfaat kepada pembaca. Dan ada lagi yang perlu di delete
tapi. Internet buat hal! Jadi lembab pula. Menonjol tahap kesabaran aku yang
cetek ni.
Karangan panjang kan post aku ni? Pada hal syok sendiri.
Otak tengah jammed. Urat macam berselirat. Hidung pula kejap okay kejap rasa
macam nak cabut hidung cuci bagi bersih pastu letak balik. Dok rumah sepatutnya
relaks. Tapi. Aku. Seksa diri. Tak puas lagi menyeksa diri dekat matrik dulu
agaknya.
Sekarang tengah dengar lagu Amani-Amar. Dengar lagu ni
semangat terus gah! Fuyohhh. Tapi tetap ngantok. Lagu Amani buat aku rasa nak
jadi macam Amani. Kenapa? Sila baca post selepas ini.
Maaf kalau post ni nampak macam ada 'gila' sikit. Biasa. Ada roh orang lain dalam diri.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment