Tuesday 18 November 2014

Belajar.

Inche Google

Assalamualaikum wbt.



Emmm. Diam satu minit.


Apa khabar? Ni hao? Aku anggap semua orang baik-baik saja la. Kalau tak macam mana boleh scroll blog ni haaa. Kehkeh.

Nakal kan aku sekarang ni. Maya sahaja. Ini monolog dalaman. So, tak sama dengan realiti. Even aku nampak macam penipu. Tapi, tolonglah percaya. ><


Di saat lab report melambai-lambai, aku bertandang kat sini. Power tak? 

Actually susah hati. Sebabnya... aku percaya bukan aku sahaja yang gelisah memikirkan benda ni. Aku percaya seorang pelajar yang berharap masa depannya nanti cerah melahang akan susah hati memikirkan hal mustahak ni.



Prestasi akademik.


Well, nampak macam small matter. Tapi...... bila kamu dah niatkan kerana Allah, dan kamu rasa prestasi kamu teruk, ni boleh buat kamu rasa serba salah ohhhh. 


Kita nak berjaya. Tapi, usaha kita sedikit. Adil tak? Patut ke kita terus mintak dekat Allah yang kita nak berjaya? Kita sendiri boleh agak sebenarnya setakat mana yag kita boleh dapat berdasarkan usaha yang kita buat.



Got it?


Sekadar cakap 'Aku nak dapat dekan sem ni', tanpa usaha..tanpa doa..tanpa tawakal, jangan mimpi di siang hari. Malam pun jangan mimpi jugak. Buat penat roh saja. Wahaha.

Selalunya penghalang kepada kejayaan adalah alasan. Manusia dan alasan berpisah tiada.

Bila result jatuh merudum. Kenapa? Sibuk dengan projek. Sibuk buat kerja part time sebab nak tambah income. Tiada masa study kerana banyak assignment. Wallaweyy. Betul lah awak! Manusia dan alasan berpisah tiada.

Satu nasihat yang mungkin berguna.

'Jangan terlalu mengejar akademik sehingga tarbiyah diri kecundang di belakang.'


Sebabnya, kita manusia yang sememangnya di cipta tak sempurna. Terkadang kita tak boleh buat dua kerja dalam satu masa. Terkadang juga, bila kita dah start taksub mengejar kejayaan akademik, perkara lain dah macam 'makan kacang'. Mula lah nak pandang remeh.


Hal syurga neraka dosa pahala pun kita pandang remeh. Haaa ni berat. Layak masukkan diri dalam wad ICU. Kerana iman betul-betul dah nazak.


Remember this. Sebagai muslim, bila dah berada di jalan tarbiyah mahu pun dakwah, sepatutnya pasal study ni dah jadi small matter dah untuk kita. Kerana ketika itu mungkin kita sedang risaukan ummah lebih daripada diri kita sendiri.


Belajar kerana Allah adalah suatu jihad. Belajarlah dengan gembira. Kerana kita sedang melaksanakan suruhan Allah. Kita di jalan yang benar. Maka, teruskan perjuangan! Maju!

Sekian.


Saturday 15 November 2014

Do you see that?

Assalamualaikum wbt.

Salam sejahtera. Dan salam perpaduan. Dan salam ukhuwah fillah.

Do you see that?

Do you see that??

Do you see that???

Iam landing on bed. Dreaming. Macam tak ada hape kerja yang perlu di buat. Sedangkan list kerja assignment segala kalau boleh sampai tahun depan pun tak habis buat list.

Do you see that? Aku mengeluh............ Boleh faham tak betapa aku ni mengadu tentang kerja yang Allah aturkan untuk aku. T.T

Baru disibukkan dengan hal dunia, aku dah meroyan entah apa-apa.

Bila lab report stuck in the moment.

Bila proposal turun bagai air terjun yang mencurah-curah.

Bila segala benda nak kena present.

Bila ada exam dan tak reti nak study sebab aku tak ada nota sebab aku malas salin nota.

Bila berangan nak jadi atlet dan tiap-tiap petang kena turun court.

Bila kena lead manusia-manusia dan manusia-manusia tersebut semedang busy tahap dewa.

Dan...

Bila tiba hari raya~~~~~~~~

Do you see that? Aku merungut lagi........... 

Susah nak kuat bila susah macam ni. Bukan susah sebab kerja tu susah. Tapi susah sebab diri ini pemalas.

Aku tahu bukan aku seorang yang disibukkan dengan perkara begini. Aku tahu ada orang yang lebih sibuk, sibuk, dan sesibuk-sibuknya. Aku tahu aku kena bersyukur. Jadinya, kawan-kawan.. pleaselah, jangan jadi macam saya. T.T



'Ada kerja tu buat saja lah. Yang hang dok lepak tang sini buat hapa!' -marah diri sendiri.



Do you see that? 

Awak dah buang masa kerana membaca entry kali ni.



K bye. Wassalam.

Saturday 8 November 2014

Tumblr.

Assalamualaikum wbt.

First, selaku blogger yang agak caring.. sahabat semua sihat?

Alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan menulis. Walaupun otak tak ada lah lapang mana. Kerana.. sekarang dalam mood exam. Kenapa saya berada di sini?

Well.. demi pembaca yang setia. *tarik senyum*



Ada ke?



Krik krik.

...

Nampak tajuk? Yup. Tumblr.!

Aku tak tahu pun sebenarnya tumblr ni untuk apa. Tetiba tadi terdetik nak buat account untuk tumblr. Fikir lama jugaklah. Dan akhirnya selepas di tambah tolak darab dan bahagi. Maka terbitlah satu lagi account keluaran IsmatulNisak Idrus.


Here. Kanta Hati. .


Actually, buntu saat memilih tajuk. Macam-macam nama dah try. At last letak Kanta Hati. Dan.. tak tahu la ada sama dengan mana-mana pihak ke. Kalau ada mohon contact direct. Nak buat saringan. Siapa menang dia dapat tajuk tu. Eheh. Canda aja.



Ada cadangan tajuk? Tak ada tak apa. 


Boleh la jenguk-jenguk ke situ. Kalau saya tak ada kat sini. Maybe dekat tumblr.. Hee

...

Byeeee.

Saturday 1 November 2014

Apa Awak Rasa?

Assalamualaikum wbt.

Eh, muncul pulak budak freshie ni kat sini. 

Eheh. Aku pun tak tahu kenapa aku kat sini. Minta hadam ja lah apa yang di tulis ni. Nak muntahkan balik pun boleh. Tak kesah.

Nak buat luahan perasaan. Please baca. T.T Pleaseeeeee. And lend me your hujung lengan baju. Nak lap air(bahasa sopan).


....

Amaran: entry ini penuh dengan kiasan. Jadi, pengisiannya dah macam rojak.

....



Pernah tak kamu rasa hati kamu lemah sangat. Masa tu tiada siapa yang kamu nampak selain minta pertolongan Allah. 

Dan tanpa sedar, Allah hantarkan seseorang untuk bantu kamu. Tapi kamu tak sedar dia hadir untuk bantu kamu. Dan bila dia menjauh. Hati kamu kembali lemah. Bukan lemah yang biasa. Tapi lemah selemah-lemahnya.

....
*mata pandang dua rangkap tulisan di atas*

This is we call, muqadimah yang agak panjang.

Okey abaikan perkara di atas. Kerana ia di tulis entah abad ke berapa. Check draft, baru perasan ada entry yang di tulis separuh jalan. Dan rasa malas nak sambung apa sebenarnya yang aku nak tulis tu. 



Dan sekarang meh kita bincangkan JDT vs Pahang. Eh.


krik krik.

Dan Pahang juara Piala Malaysia. *julang piala*

Yeay!


Aku penchenta Kedah Darul Aman. K bye.

...

Manusia yang kalah adalah manusia yang gagal seimbangkan naik turun imannya. Jadi, kalah menang dalam perlawanan, tak ada apa lah sangat nak di bandingkan dengan kalah menang dalam menjaga iman.


Kang ada pulak yang menghentam aku kerana membanding antara iman dan perlawanan(refer to bola). Haha. Lek bro. Lek sis. 


Perasaan tak puas hati memang akan wujud sekiranya apa yang kita harapkan, tak dapat. Nak pulak bila sedang kita tak puas hati tu, kita nampak orang lain bersuka-ria, bersorak tak hengat dunia, muka penuh dengan senyuman lebar. Timbul rasa dengki di hati. 

Mohon istighfar ketika itu.

Sebab, andai anda kalah mengawal perasaan anda maka timbullah persengketaan. Riak wajah pun suram dan masam. Nak buat apa pun rasa tak best. Rasa macam jantung hati paru-paru limpa buah pinggang segala nak meletup. Haaa.

Dan tak syok la kalau masam muka dengan buddyz and familyz. Kan.

Eh, ini nasihat secara general ya. Bukan berpihak kepada mana-mana. Bukan kerana JDT tak menang aku dedicate special untuk penyokong JDT. Tak.. *muka serba salah* This is for all something yang ada adat kalah dan menang.

*the point is, what iam talking about* *dengan grammar, susun ayatnya terabur* kihkih. 

Berakhir sudah muqadimah yang panjang berjela. *senyum sikit*




Inche Google
....

Aku meroyan di sini bersebab. Sebab nak mengadu. Boleh tak macam ni?

Okey aku teruskan dengan suatu bayangan.

Awak tak pernah memasak. Nak pegang senduk pun tak reti. Kuali dengan periuk pun tak tahu beza. Nak potong bawang pun tak tahu nak kupas kulit luar ke kulit dalam. Garam dan gula dedua rasa macam rasanya sama ja. Pisau pun orang pegang guna tangan awak pulak pegang guna kaki. Heh.

Tapi, tetiba mak mentua awak suruh awak masak untuk makan malam. Yang mana satu family mentua ada. Dan awak perlu memasak untuk mereka semua. Dan ketika itu husband awak ada. Kalau hasil yang awak masak tu terlebih masin/manis, mentah, kelat, payau semua ada.. mesti malu kannnn.

Jadi, awak pun minta tolong saudara2 yang ada. Tapi, seorang pun tak bagi respon. Masing-masing be like... 'Ahhh tu keja kau buat apa nak libatkan kami'. Sedangkan makanan tu nanti mereka jugak nak makan. Dan end up awak masak seorang diri dengan ilmu memasak langsung tiada. T_T



Apa awak rasa?



Perkara di atas hanya suatu bayangan. Perkara yang realnya...rahsia.

Cuma, lebih kurang keadaan di atas la. 

Dah kita tak tahu memasak, saudara2 kena lah ajar dan bimbing. Buat apa nak harap kita saja yang masak. Nanti masakannya terlebih gula kau jugak yang nak kutuk. Kau pun tahu kita tak reti masak, first impression pun kau dah 'tak boleh harap langsung budak ni'. Dah tu, tolong la. Kita minta tunjuk ajar, bagi la kerjasama.


Aku boleh nampak manusia-manusia yang pentingkan diri sendiri. Jenis yang sesuka hati lepaskan tanggungjawab pada ketua(contohnya), dia fikir ni semua kerja ketua seorang. Dan mungkin juga dia fikir yang ketua dia tak ada kerja goyang kaki duduk saja.


Bila mana kita perlukan kerjasama orang. Dan tiada kerjasama yang diberikan. Ibarat kau minta nak kahwin tapi takdak siapa yang nak kahwin dengan kau. Hahah.


Bukankah kita perlu mendengar cakap ayah dan ibu?

Bukankah kita perlu mentaati suami?

Bukankah kita perlu mentaati Allah?

Bukankah kita perlu mentaati boyfriend? Eh. *tambahan sebagai gurauan.jadi, abaikan*


I wonder... kenapa kita selalu mencipta alasan untuk tidak mentaati apa yang sepatutnya kita taati.



And of course you wonder... kenapa tak faham satu habuk pun apa yang dia tulis ni. Bahaha.

Sesiapa yang tidak faham.. meh contact direct. Boleh buat sesi luahan perasaan. Huhu. Gurau sahaja okey. Biarlah segala benda ni jadi pengajaran untuk masa yang mendatang.


...

Sekian. Dadaliiiii. 

Self Service

Assalamualaikum. sumber: Google Hailee Steinfeld, Love Myself Malam yang panas suam-suam gitu. Kalau dapat update post baru sambi...