Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Pengasih.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Pemilik Hari Pembalasan.
Hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya
kepada-Mu kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Jalan yang Engkau berikan nikmat kepada
mereka.
Bukan jalan mereka yang engkau murkai.
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
Assalamualaikum.
Apa khabar? Boleh cam tak barisan-barisan ayat yang indah di atas? Kalau yang
tahu, Alhamdulillah. Kamu wajib tahu. Bukan kamu saja. Semua orang Muslim wajib
tahu. Andainya tak tahu, bukalah hati untuk tahu. Ayat-ayat di atas adalah
makna surah yang kamu baca dalam setiap rakaat solat mu. Al-fatihah.
Ada yang sekadar
membaca tanpa mengerti apakah maksudnya. Bangga sekali dengan orang kerana dia
mampu baca Al-fatihah. Dia mampu solat dengan kalimah-kalimah yang indah.
Sedangkan lagi indah jika dia tahu erti ayat-ayat tersebut.
Apa kata mula
daripada sekarang, kita sama-sama menghayati betul-betul surah Al-fatihah ni.
Hayati erti setiap ayat tersebut. Ingat pengertiaan tersebut. Tak susah untuk
hafal makna-makna tujuh baris ayat tu. Percayalah…dengan izin-Nya, tak susah.
Solat rasa
berbaloi kalau kita tahu apa yang kita minta sebenarnya dalam setiap rakaat. Just want to share. Perbetulkan saya kalau saya salah. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment